ISU PERTEMUAN DENGAN UMNOMemang benar tidak haram hukumnya kesudian Ezam menemui Umno. Malah tidak haram hukumnya jika Tn Guru Hj Hadi bertemu Umno. Tidak ada nas yang mengharamkan pertemuan-pertemuan sedemikian malah ianya digalakkan dan dituntut demi bangsa agama dan tanah air kepada yang ada bangsa, ada agama dan ada tanah air. Dia antara bangsa, agama dan tanah air, agamalah segala-galanya. Sekiranya bangsa yang menjadi faktor utama untuk pertemuan, agama perlu tetap di atas. Bangsa tidak boleh mengenepikan agama. Agama perlu terkedepan. Begitu juga jika tanah air menjadi faktor utama untuk pertemuan, agama perlu tetap di atas. Agama perlu terkedepan.
Kita telah berhadapan dengan pelbagai musibat kerana meletakkan selain agama terkedepan dalam hidup kita. Malah kita setiap hari dihidang dengan isu-isu bunuh, rogol dan rasuah. Segala penyakit masyarakat yang sedang menusuk hati kita timbul kerana keengganan kita mengkedepankan agama. Malah masih ada suara-suara sumbang kedengaran mengenepikan agama beralasankan masyarakat majmuk, negara akan huru hara jika melaksanakan dua jenis pentadbiran, dan lagi dan lagi yang rata-rata ditolak oleh mukmin sejati. Mereka yang memberi alasan juga adalah mukmin, mereka ke masjid, mereka berkorban, mereka turut membesarkan Allah swt lima waktu satu hari baik di rumah, surau atau masjid.
Kekadang hati ini tertanya-tanya apakah kepada golongan ini Allah swt hanya "ESA" di surau, masjid dalam azan yang dikumanandangkan apabila masuk waktu solat? Dan selepas itu Allah itu kecil sekecil-kecilnya? Na'uzubillahimanzalik! Mana tidak, cuba perhatikan bagaimana pusat-pusat hiburan/maksiat tumbuh seperti cendawan berlesen tidak berlesen. Arak tidak sahaja minuman orang bukan muslim malah menjadi kegemaran dan amalan orang-orang muslim. Rasuah bermaharajagila dan menjadi amalan orang-orang muslim. Yang terlibat dalam penyakit gejala sosial ramai remaja muslim.... Di mana "ESA"Nya Allah swt kepada mereka-mereka ini?
Tidak haram hukumnya bertemu dengan Umno. Cuma kenapa sekarang? Kenapa tidak selepas pilihanraya 1999 dulu? Apakah sukar sangat untuk memahami kenapa ianya baru sekarang digembargemburkan? Apabila kita faham dan engerti "oleh siapa" ia nya ditimbulkan dengan mudah kita dapat meneka "kenapa". Pertemuan ini bukan sekarang untuk diperkatakan untuk diterjemahkan. Bukan masanya. Hanya yang bimbang hilang sesuatu membiarkan "penyatuan melayu" berlegar dibibirkan. Ikhlas? Jauh sekali.
Setiap perjuangan perlukan kepada strategi. Janganlah terperangkap dengan strategi Umno ini. Kalau ya pun Umno berminat untuk bertemu biarlah selepas pilihanraya. Lagi pun pilihanraya bukannya jauh sangat. Kalau Umno boleh tunggu LIMA tahun takan TIGA bulan tak boleh? Ini bukan masalah tiada tawaran kewangan bla bla bla, Ini kerana kita ada harga diri! Kita lebih mulia dari mereka. Kita sentiasa meletakkan AGAMA di hadapan bukan di belakang. Ingatlah pesan Khalifah Omar Al-Khattab "Ikutilah Al-Qur'an nescaya ia akan membimbing mu ke syurga bukan Al-Qur'an mengikuti kamu, pasti ia akan menolak mu ke dalam neraka." Dan jangan pula kita mudah lupa, di kalangan mereka ada yang mempersoal akan wujudnya syurga dan neraka! Kalau kita bertemu dengan mereka percayalah bukan AGAMA di hadapan!
- Achussin - 03.02.2004
![]()